Monday 29 September 2014

Hyperlink laman sesawang bank-bank di Malaysia


>  www.maybank2u.com.my
>  http://www.cimbclicks.com.my/
https://www.paypal.com/cy/webapps/mpp/home
http://rhb.com.my/


Kebaikkan Pembayaran Bil Utiliti menerusi laman sesawang


- Boleh dilakukan dalam tempoh 24 jam. 
- Tidak memerlukan kos yang tinggi.
- Lebih cepat dan mudah.
- memerlukan talian internet.
- Boleh dilakukan dimana-mana sahaja.
- Tidak memerlukan prosedur yang rumit.

Cara-cara pembayaran bil utiliti menerusi laman Sesawang

   :)  Kaedah Pembayaran bil utility menerusi laman sesawang bank
  
 Bagaimana caranya nak bayar bil menerusi laman sesawang ? itulah soalan kerap ditanya oleh pengguna dan ramai yang ingin mengetahuinya. Sekarang ramai yang nak tahukan? Saya akan kongsikan bagaimana nak setup favorite bil dan bayar bil hanya dengan beberapa klik sahaja tanpa perlu bersesak nak bayar bil utiliti anda.



Bil utiliti yang saya maksudkan ialah segala jenis bil yang menerima bayaran online termasuklah bil telefon (TM, celcom, maxis, digi dll), bil astro, bil PTPTN (kalau ada yang nak bayar elak kena denda), bil air, bil TNB dan sebagainya. Ada beberapa langkah yang perlu anda ikut iaitu:
1Pastikan penerima bayaran anda termasuk dalam sistem bank anda
2. Kenalpasti nombor akaun bil anda
3.  Jadikan bil anda “favorite bil” supaya mudah nak bayar. 
4. Pastikan maklumat lengkap id anda.
5. Semak dahulu
6. Buat bayaran 
Contoh nombor akaun beberapa bil utiliti yang biasa. Nombor akaun tu yang saya underline tu.





Ini contoh buat favourite bil guna cimbclicks.com.my aje ye.Maybank2u lebih kurang jugak stepnya (klik pada gambar untuk besarkan gambar) ;

1.    Mula-mula anda perlu login ke cimbclicks.com.my dengan username dan password yang telah anda daftarkan. Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada link “Favourite Bills” di bawah Pay Bills. 

  

2.   Paparan di bawah akan muncul. Di sini akan ditunjuk senarai bil yang telah anda set sebagai favourite. Kalau baru nak mula, jadi ruangan ni akan kosonglah. Ok, untuk seterusnya, Klik pada   butang “Add New Bills”.




3. Di sini, and aperlu masukkan maklumat bil dan penerima bayaran tu. Contoh seperti di bawah   ialah saya masukkan bil astro saya. Pastikan “Payee Name” tu betul . Bill nickname tu anda boleh letak apa-apa. Ini hanya untuk memudahkan anda kenalpasti bil tu nanti. Ini penting jika     sesiapa   bayar bil untuk 2-3 buah rumah. Nombor akaun tu boleh semak seperti yang terangkan dekat atas tadi. Kemudian klik “NEXT” 

 


 4. Paparan di bawah akan keluar untuk pengesahan. Pastikan nombor akaun bil anda tu betul.        Kemudian masukkan TAC, pastu klik  “SUBMIT”

 

5. Pastikan proses di atas tadi successful . Kemudian kita pergi ke cara nak buat bayaran pula . Anda boleh klik mana-mana link yang ditunjukkan anak panah hijau tu untuk Pay Bills. Jika nak semak balik bil yang anda telah set tadi, boleh semak dengan tekan Active Bills di bawah My Bills seperti ditunjukkan anak panah kuning tu.

  bayar-bill6

6. Jika anda klik link Pay Bills tadi, paparan di bawah akan keluar. Ok untuk payment from, ianya anda perlu pilih nak bayar guna akan mana satu. Ni jika anda ada 2-3 akaun atas satu nama. Kalau ada saving account je, so pilih saving account lah. Payment to tu anda pilih bil mana satu  yang anda nak bayar. Jika nak pilih yang telah di set tadi, klik pada My List. Tapi jika nak buat  bayaran yang belum di set, klik pada Payee List dan pilih kepada siapa anda nak buat bayaran.  Pastikan nombor akaun bil anda yang keluar tu betul. Kemudian masukkan nilai bayaran yang  ingin dibuat. Untuk bayaran ni, lebih pun takpe sebab nanti akan dipotong dari bil akan datang.  Klik “SUBMIT” jika dah berpuas hati.


7. Sekali lagi paparan peringatan keluar. Anda diminta semak dan pastikan semua maklumat  adalah betul. Jika tidak betul, klik “Back” untuk perbaiki apa yang silap. Jika semua sudah betul,  klik “Confirm”

bayar-bill8


8. Paparan last sekali ialah bukti pembayaran telah selesai. Pastikan transaction status tu adalah "succesful" barulah dikira sebagai bil telah dibayar.


bayar-bill9




:) Kaedah pembayaran bil utility menerusi laman sesawang pay-pal 

> Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya.

1.      1. Buka link http://www.paypal.com dan klik sign up.

2. Bila sudah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik ‘get started’ kat bahagian ‘premier’. 

3. Selepas itu, isi  form yang keluar dengan maklumat yang betul. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Ahmad bin Abu, isi macam biasa.  Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Ahmad, isikan ‘first name’ dengan Ahmad dan ‘last name’ dengan Abu. Biarkan middle name kosong.


4. Bila sudah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ini, akan keluar gambar seperti di bawah. Step in, i anda isi saja no.kad, lepas itu tunggu email untuk step seterusnya.

5. Lupa pulak nak bagitahu, pada tahap ini PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.

6. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari saja dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.

7. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia. Ok, 4 angka itu boleh dapatkan di statement maybank.

8. Terlebih dahulu, buat log in dulu maybank2u. Lepas itu, klik ‘accounts and banking’ di tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account’. Kemudian akan keluar gambar  sebagaimana gambar bawah ini.


9. Sila  klik ‘debit card history’,  Akhir sekali akan keluar statement. So, Dari mana hendak ambil 4 angka,  ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tersebut dekat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.

Apa-apa pun, sentiasa check email anda.  Sebab PayPal akan hantar email samada langkah-langkah yang anda buat tu berjaya atau tidak.

Sunday 28 September 2014

Kepentingan Aplikasi Pembayaran Bil Utiliti Menerusi Laman Sesawang

  • Antara Kepentingan Aplikasi Pembayaran Bil Utiliti Menerusi Laman Sesawang adalah seperti berikut:
Pembayaran yang dilakukan oleh pengguna menerusi laman sesawang secara dalam talian. Memudahkan pengguna untuk membayar bil utiliti tanpa pergi ke kaunter. Selain itu, menjimatkan masa dan kos pengguna untuk membayar bil  utiliti  tanpa pergi ke bank atau kaunter.